- Baca arahan dan petikan dengan teliti untuk mendapatkan idea keseluruhan
- Garisi kunci soalan yang terdapat dalam arahan soalan. antara kunci soalan termasuklah nilai murni, pengajaran, amalan baik, kebaikan-kebaikan dan faedah-faedah.
- Kemudian kenal pasti isi-isi atau idea-idea yang terdapat dalam petikan tersebut.
- cari pernyataan isi yang terdapat dalam petikan, biasanya pernyataan isi terdiri daripada perkataan, rangkai kata atau satu ayat yang boleh membawa maksud.
- Tukarkan pernyataan isi kepada niilai atau pengajaran berdasarkan kehendak soalan
- Gunakan penanda wacana dan kata penegas yang sesuai untuk menghubungkaitkan ayat
CONTOH :
Tulis lima
pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. panjangnya
jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan
Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh.
Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama
tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan
cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.
Oleh itu, Imran bertekad
untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak
awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran
tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab
soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika
dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.
Selain itu, Imran
dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan
perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan
peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan
rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping
itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan
yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk
mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan.
5 pengajaran yang diperoleh daripada petikan
- berazam
- berkeyakinan
- tekun
- menghargai masa
- bekerjasama
Contoh Jawapan
Kita hendaklah berazam untuk belajar
bersungguh-sungguh. Malah keazaman yang disertakan dengan keyakinan akan dapat
memantapkan uasaha kita lagi. Kita tidak haruslah berputus asa apabila
menghadapi kegagalan. sebaliknya, kita haruslah berusaha dengan tekun untuk
berjaya. Selain itu, kita haruslah menghargai masa dengan melakukan
perkara-perkara yang berfaedah seperti berkunjung ke perpustakaan.Kita
sewajarnya mengamalkan semangat bekerjasama seperti belajar secara kumpulan
akan memupuk sikap kerjsama antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment