NILAI /AYAT
1 Tekun berusaha
Ali selalu hadir latihan sukan agar berjaya dalam pertandingan sukan sekolahnya tiga minggu lagi.
Ayat lengkap :Kita mesti tekun berusaha iaitu selalu menjalani latihan sukan untuk berjaya.
2 Hormat guru
Ali patuh dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh gurunya.
Ayat lengkap :Kita hendaklah hormat guru contohnya mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru.
3 Menjaga kesihatan diri
Ali menjaga pemakanannya setiap hari dengan memastikan makanan tersebut berkhasiat dan seimbang.
Ayat lengkap :Kita perlu menjaga kesihatan diri seperti makan makanan berkhasiat dan seimbang
4 Rajin belajar
Ali selalu mengulangkaji pelajarannya pada waktu malam.
Ayat lengkap : Kita juga haruslah rajin belajar iaitu dengan mengulangkaji pelajaran.
5 Menghargai kejayaan
Ali telah menjadi johan 100m dan semua kawannya mengucapkan tahniah kepadanya.
Ayat lengkap : Kita mesti menghargai kejayaan rakan kita contohnya mengucapkan tahniah.
Contoh rumusan nilai
Nilai murni yang saya dapati ialah,kita mesti tekun berusaha iaitu dengan selalu menjalani latihan sukan untuk berjaya Seterusnya, kita hendaklah hormat guru contohnya mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru..Selain itu,kita perlu menjaga kesihatan diri seperti makan makanan berkhasiat dan seimbang .Di samping itu,kita haruslah rajin belajar dengan mengulangkaji pelajaran.. Akhir sekali,kita sewajarnya menghargai kejayaan contohnya dengan mengucapkan tahniah.
No comments:
Post a Comment